Kepakaran saya adalah dalam membantu guru-guru, ibubapa, pelajar-pelajar serta sesiapa sahaja yang terlibat dalam pendidikan anak-anak yang berusia antara 0 hingga 7 tahun.
Masalah diluar sana adalah ramai diantara kita yang menghadapi kesukaran, buntu, tertekan dan tidak yakin dalam merancang dan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan kanak-kanak. Ramai juga yang menghadapi masalah tingkah laku semasa proses pembelajaran dijalankan. Aktiviti pembelajaran aktif dan menyeronokkan sebenarnya mampu merangsang perkembangann otak anak ke tahap yang maksimum dan memberikan anak kita pengalaman pembelajaran yang sebenar.
Buku-buku saya dihasilkan bagi membantu guru-guru, ibubaa dan semua yang berminat bagi mengatasi masalah di atas supaya anak-anak anda dapat dibantu untuk beljara dengan lebih berkesan dan menjadikan mereka insan yang suka dan cintakan ilmu bagi menjadi hamba Allah yang sebenar!