Bersosialkah anak anak kecil kita?

Saturday, July 5, 2014
Kemahiran sosial merupakan kemahiran yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak. Melalui kemahiran sosial kanak-kanak akan belajar banyak perkara perkara baru, membina keyakinan diri, membina kemahiran berkomunikasi dan sebagainya. Terdapat beberapa petanda yang menunjukkan bahawa anak anak kita mempunyai kemahiran sosial. 


Boleh mengawal emosi 
Menunjukkan sikap empati pada orang lain
Mudah didekati dan mudah mesra
Suka berjenaka dan boleh berjenaka
Menunjukkan sikap menghormati orang lain
Menunjukkan sikap bekerjasama
Saling bantu membantu dalam kerja kumpulan
Boleh berkongsi barang dengan orang lain
Boleh bertolak ansur

   Kemahiran sosial merupakan sesuatu yang boleh dipelajari dan boleh di ajari. Bantulah anak anak kita mempunyai kemahiran sosial yang baik. Kajian juga menunjukkan bahawa kecemerlangan dalam akademik tidak mempunyai hubungan dengan kemahiran sosial kanak-kanak. Kajian juga menunjukkan bahawa kanak kanak yang tidak mempunyai kemahiran sosial akan mempunyai masalah dalam perhubungan dan tidak mampu menyelesaikan masalah masalah yang berkaitan dengan orang lain disekelilingnya.


Dr Mahani Razali
Perpustakaan Tunku Bainun, UPSI

0 comments:

Post a Comment