HIDUP adalah perjuangan. Perjuangan memerlukan KEKUATAN...SEBAIK BAIK KEKUATAN adalah kekuatan yang datang dari dalaman kita. Belajarlah membina kekuatan dalaman..inshallah kekuatan luaran akan terzahir secara tidak langsung.
Kekuatan dalaman yg dibina akan membolehkan kita menempuh apa sahaja halangan, rintangan dan dugaan yang berada dalam perjalanan hidup kita. Rasullullah saw membina kekuatan dalaman para Sahabat sehingga syahid menjadi keutamaan. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya “Ingatlah dan bahawasanya dalam jasad manusia itu ada seketul daging yang apabila baik daging tersebut, maka baiklah jasad keseluruhannya, dan jika rosak daging tersebut maka akan rosaklah jasad keseluruhannya, itulah dia yang di namakan hati” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini yang menggambarkan betapa pentingnya peranan roh yang menggerakkan jasad dan fizikal manusia dalam mengembangkan tanggungjawabnya membina kekuatan dalaman manusia.
Hidupkan lbh 50 trillion sel sel kita setiap hari dengan kata kata yang positif yang bermanfaat agar terbina kekuatan dalaman yang sejati.
0 comments:
Post a Comment