Kita berjumpa semula kerana ditakdirkan......

Tuesday, July 22, 2014
Terimakasih kerana  masih menghargai nilai persahabatan ini. Terimakasih kerana masih setia mengingati saya dan terimakasih kerana masih sudi menghubungi saya. Terlalu panjang  susur galur cerita untuk diceritakan cuma ketahuilah bahawa nilai persabahatan yang dibina atas dasar kejujuran dan iklas ini sebenarnya  membawa seribu satu makna dan keberkatan. Alhamdulillah. Saya sangat teruja dan terharu dengan pertemuan semula ini. Terimakasih!

Mungkin jalan kita amat jauh berbeza..namun matlamat kehidupan kita tetap sama. Kita tetap terus  sama mengejar impian dan membina impian. Alhamdulillah, Allah menganugerahkan kita dengan rezeki dan kejayaan masing-masing.


Masihkah ingat, permulaannya, pertemuan yang terbina bukannya pada coretan kata pujian dan memuji sesama sendiri, akan tetapi kemuliaan yang ada pada kalimah salam yang diberi, terhimpun padanya keberkatan yang menjadi perantaraan sesama insan, lalu tersimpan didalam ruang hati suatu perasaan yang sukar untuk diluahkan, dan terjalin ikatan itu dengan simpulan yang tidak diri sendiri tidak mengerti, dan kerana  kalimah itulah maka walau kita terpisah dek masa dan keadaan, tapi di hati dan di jiwa ini tetap merasa seperti kehilangan.


Kita berjumpa kerana ditakdirkan..kita berkawan kerana kasih sayang..kita bersahabat kerana hati dan kita bergaduh juga kerana telah wujud satu ikatan persahabatan. Tapi yang paling penting semua kerana Allah Taala, Tanpa aturanya tak mungkin sesuatu akan terjadi. Terimakasih kerana menganali mu sebagai sahabat merupakan antara  detik indah dalam kehidupan ini. Mengenali mu sebagai sabahat merupakan merupakan anugerah berharga dari YANG MAHA ESA!

Ya Allah engkau selimutilah isterehat sahabatku ini dengan ihsanMu. Hapuskan segala kesusahan dan gundah gulana di hatinya. Bangunkanlah dirinya di saat tahajud Mu tiba.Rahmatilah dirinya di kala waktu subuhMu menyapa. Janganlah engkau biarkan hatinya  kosong selain dari mengingatiMu. Khusukkan hatinya dalam rukuk dan sujudnya mengadapMu. Berilah kejayaan  kepadanya  dalam  urusan kehidupan dunia dan juga akhirat. Amin

Sahabat, jom kita bina semula  hubungan ini atas dasar keimanan kerana sesungguhnya "Ukhuwah itu Indah". Moga Allah jadikan Subuhmu cahaya, Zohormu gembira, Asarmu bahagia, Magribmu keampunan dan isyakmu keberkatan dan doamu diterima serta rezekimu diperluaskan dibuka pintu syurga kepadamu tanpa sempadan.

Dihari lebaran yang kian menjelma, didoakan moga sahabatku berbahagia bersama keluarga tercinta dan semoga kehidupan kita mendapat rahmat dan keberkatannya. Dan semoga juga masih ada Ramadan buat kita yang merupakan madrasah tarbiyah buat kita.

Kata Imam Ghazali..ukhuwah itu bukan letaknya pada manisnya ucapan dibibir atau pada indahnya pertemuan, tetapi dalam ingatan seseorang kepada temannya dan DOANYA.

Moga persahabatan kita yang terjalin atas perancanganNYa ini terus terisi dengan kasih sayang dan moga persahabatan ini berkekalan selamanya..Saya sayang sahabat saya segenap jiwa saya! Inshaalah!




Salam aidilfitri. Maaf zahir dan batin!

0 comments:

Post a Comment