Tajuk Tesis: Biar ada Nilai Komersial!

Friday, July 11, 2014

Zaman dah banyak berubah....so banyak hal dan perkara dah kena berubah! Begitu juga dengan tajuk tajuk tesis kita! Apakata tajuk tajuk tajuk tesis kita biar ada nilai komersial..maksud saya boleh mendatangkan pulangan pada kita dan yang lebih penting dapat dimanfaatkan kepada orang lain. Adakah kita nak tesis kita hanya pada segulung kertas sahaja dan hanya untuk kegunaan kita sahaja. Penat tau buat tesis..ada yang dua tahun, ada yang tiga tahun dan ada juga yang lebih daripada 5. Sebenarnya bila kita buat tesis degree, atau master atau Phd, ada banyak manfaat lain kita boleh dapat dari kerja penat kita tersebut. Jangan sekali kali hanya jadikan tesis kita tersebut hanya sebagai hiasan dalam almari sahaja atau untuk ditunjukkan pada bakal anak anak cucu cicit kita nanti. Manfaat sepenuhnya tesis kita tersebut......Jadi supaya tesis kita tersebut boleh dikembang kembangkan lagi, maka pemilihan tajuk yang ada elemen Futuristik dan Komersial amat perlu diambil kira. Pada saya sudah sampai masa untuk kita mengelakkan dari memilih tajuk tajuk yang hanya sekadar untuk melihat tahap..melihat pandangan,persepsi, menilai dan lain lain lagi yang hanya terhenti setakat tu saja. Pilihlah tajuk tajuk yang memerlukan kita menghasilkan sesuatu seperti hasilkan buku, modul, produk, pakej, set pembelajaran dan sebagainya lagi. Dengan lain perkataan ada sesuatu yang kita terpaksa hasilkan melalui kajian kita tu dan kita mendapat pulangan hasil dari penat lelah kita dan dalam masa yang sama orang dapat manfaatnya. Tidak ada perkara yang Allah sukai selain dari ilmu yang dapat dimanfaatkan....pahala berpanjangan!

Susah???? Sapa kata susah??? Kita sendiri yang suka sangat kata susah!...Saya dah ada 5 orang student. 2 student Phd dan 3 student masters mod A (Penyelidikan penuh). Semua mereka ni sangat membanggakan saya kerana menghasilkan sesuatu yang mana belum lagi pun tamat pengajian, tapi dah dapat tempahan dan juga dah dapat beberapa anugerah. Ada sorang tu dah terbitkan dalam bentuk buku. Tak pandailah saya nak buat modul???? Tak ada orang yang pandai semula jadi...semua nya pandai kerana belajar! Belajarlah....ni belum pun belajar dah susah kat mulut!

Saya sangat ingin membantu pada mana mana pelajar yang ingin membuat tesis yang memerlukan dia menghasilkan sesuatu. Datang ke kelas-kelas saya untuk saya bagi idea idea pinjaman Allah ini. Tak susah sebenarnya untuk hasilkan produk atau modul atau apa apa ni. Percayalah cakap saya, datanglah belajar sebab semuanya tak sesusah yang kita sangkakan!

Dr Mahani Razali
Rich Knowledge Training Cottage

0 comments:

Post a Comment