Sunday, July 13, 2014
[THESIS COACHING:APA SAYA BANTU]

Assalamualaikum dan salam Ramadan untuk hari yang ke 16. Moga kita terus bermotivasi, bersemangat dan teruja untuk terus merebut ganjaran yang Allah Offer pada kita. Jom kita mohon doa banyak banyak moga Allah ampunkan segala dosa dosa kita yang teramat banyak ni dan mohon Allah permudahkan urusan kita untuk ke syurganya nanti.

Alhamdulillah selesai sudah sessi coaching tesis saya dengan 5 orang pelajar PhD selama 12 jam pada hari  Sabtu dan Ahad. Terimakasih pada yang hadir yang terdiri dari pelbagai jurusan spt jurusan Sains, Math, ICT, Akaun, TESL dan Awal kanak-kanak.


Saya ingin mengambil kesempatan ni utk menjawab beberapa persoalan yang banyak dikemukan kepada saya melalui pm. Maaf saya tak jawab sbb banyak sgt soalan. Harap melalui blog ni semua persoalan akan terjawab. Kelas coaching tesis ini dibangunkan atas niat utk membantu semua yang terlibat dan akan terlibat dalam menyiapkan tesis degree, masters dan juga PhD. Hasil pengalaman saya selama lebih daripada 10 tahun dalam menyelia pelajar pelajar degree, masters dan juga PhD saya dapati banyak sangat masalah yang berpunca daripada “tau tapi tak tau”. “Tau” apa itu research, apa nak kena buat, apa langkahnya tapi “Tak tau” nak buat! Kenapa jadi macam ni??? Sebab kita banyak sgt berteori dalam bilik kuliah dan bila sampai utk  implementasinya kita jadi buntu atau jadi tak tau! Berikut saya cuba menjawab beberapa persoalan tapi secara santai dan moga membantu.

Ni Kelas apa yer? Ni kelas yang saya sebut  sebagai tesis coaching. Kelas untuk membantu sesiapa sahaja yang akan, sedang menyiapkan tesis degree, masters dan juga PhD secara personal.

Kelas ni untuk pelajar pelajar UPSI sahaja ker? Kelas ini terbuka kepada pada semua warganegara Malaysia  tanpa mengira status IPTA, IPTS, bekerja atau bukan bekerja asalkan anda mempunyai kaitan dengan akan atau sedang membuat dan menulis tesis.

Kelas ni untuk pelajar awal kanak-kanak saja ker? Terbuka kepada semua  jurusan/pengkhususan dalam Sains sosial

Kelas ni buat kat mana ek? Kelas ni di buat di Rich knowledge Training Cottage Aras satu berhadapan dengan SMK Khatolik TM. Bersebelahan dengan Harisstotle Photo. Sebelah bawah ada Restoren Zaaz dan Sebelah lagi tu ada Pos Laju Tanjung Malim. Senang sangat nak cari!

Apa yang dr ajar dalam kelas ni? Saya tak ajar apa apa pun! Dalam kelas ni saya cuma coach anda. Kita mengadap face to face…secara personal mengadap muka saya yang garang ni..he..he  dan  anda ceritakan masalah tesis anda…….dan inshaallah dengan pengalaman dan kepakaran yang saya ada, saya akan cuba bagi idea idea cadangan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Saya tak akan bagi kuliah….anda dah banyak berkuliah dalam bilik kuliah..so sekarang adalah masa untuk anda mengimplementasi.  Kelas ni juga saya namakan kelas terus buat! Kita buat terus kerangka kajian ke..persoalan kajian ke…hipotesis kajian ke..pernyataan masalah kajian ke dan sebagainya lagi yang menjadi masalah kepada anda selama ini.

Nanti tak timbul ke konflik antara apa yang dr  cadang dgn apa yang SV saya suruh buat? Sapa suruh timbulkan konflik???? Saya bukan nak ajak gaduh dgn SV anda.  Dalam kelas saya nanti saya akan bantu anda buat apa yang sv anda suruh buat.  Anda kan selalu pening kepala tak tau nak buat apa dgn apa yang SV anda suruh. Kita buat apa yang SV suruh buat! Tak akan timbul isu konflik dgn SV anda. Saya bukan SV anda. Saya coach anda…..saya bantu anda apa yang anda nak buat tapi tak pandai nak buat! Lepas buat pergilah bincang dgn SV anda. Kalau dia komen, kita buat lagi ikut kehendak dia. Ni kira macam kelas tambahan lah!


Saya baru nak daftar dan tajuk pun belum ada. Boleh ker Join? Ni soalan cepu emas utk saya. Pada saya orang orang macam nil ah patut sgt join. Ni namamya buat persediaan sebelum masuk medan! Jangan dah masuk medan baru nak bersedia. Ramai antara kita menghabiskan masa sampai 2 atau 3 semester utk cari  skop dan tajuk. Kadang kadang ubah sampai 3 atau 4 taju dalam satu semester! Rugi sangat sangat. Buang masa, buang duit dan buang tenaga. Last sekali fed up..give up macam tu jer. Pada saya, kita wajib dah ada skop kajian dan dimurnikan lagi dengan tajuk kajian. Skop kajian dan tajuk kajian ni wajib bawa dengan penuh confident bila datang jumpa dgn SV utk pertama kalinya. Jangan datang jumpa SV bagi tau….saya tak tau lagi nak buat apa…..baru duk cari! Ni akan buat SV hangin….dan paling malang kalau kena buat research ikut tajuk SV. Kita yang bagi tajuk pada SV. Cakap dengan penuh confident apa dan kenapa kita pilih tajuk tu dan apa yang akan kita buat? Memang lah nanti SV akan bagi komen dia tapi biasanya dia tak akan menolak mentah mentah sbb dia dah nampak persediaan kita! Ni yang saya nak bantu sangat ni! Inshaalah saya akan bantu untuk cara cara bercakap  dgn agar anda nampak berkeyakinan dan ada persediaan!


Dr, Saya sedang analisi data. Boleh ke join? Semua tahap boleh join sbb saya buat coaching dan saya ada  orang orang saya yang ada kepakaran tertentu kalau kalau saya tak mampu nak bantu.

Dr, saya bukan dari UPSI. Saya orang luar. Boleh ke join? Kelas ni terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Semua samada pelajar atau bukan pelajar yang terlibat dalam atau akan terlibat dalam penulisan tesis di alu alukan datang. Saya menerima semua jurusan/pengkhususan dalam aliran sains social!

Dr, berapa dr kenakan bayaran ni? Bayaran??? Memang saya kenakan bayaran. Sebenar saya ada beberapa pakej. Tapi pakej standard adalah satu kelas maksimum 6 orang utk 12 jam. Sila berhubung dgn Abd Halim 0133917526 utk perbincangan lanjut tentang lain lain pakej.

Bila jadual kelas dr? Jadual….sedapat mungkin saya akan ikut permintaan  anda sebab kelas ni kecil. Utk bulan 7, 8 dan 9 saya mempunyai masa yang agak banyak sbb saya sedang bercuti. Kelas boleh dibuat pada weekdays dan weekend. Kelas juga boleh di atur pada waktu malam. Sila berhubung dgn Abd Halim 0133917526 utk perbincangan lanjut.


Kalau ada lagi soalan sila kemukan terus pada saya 0195276567 atau abdul Halim 0133917526. Jangan biarkan masalah memusnah impian dan harapan!

Dr Mahani Razali
Rich Knowledge Trainning Cottage

0 comments:

Post a Comment